tepen caster

Header Ads

Tips Memilih Snap Yang Bagus

Penggunaan snap dengan saiz dan jenis yang betul memudahkan pemasangan gewang dan mengurangkan risiko ikan terlepas. Snap terbuka dan lurus dikerjakan ikan antara pengalaman memancing yang paling sadis bila dikenang. Kali ini kami akan kongsikan tips memilih snap untuk penggunaan memancing teknik casting.
ikan toman temenggor
Pemilihan snap yang betul mengurangkan risiko gewang terlucut

Pemilihan snap sangat penting untuk digandingkan dengan gewang supaya tidak menganggu aksi renangan gewang. Ramai yang bertanya, snap jenis dan brand apakah yang bagus untuk casting.

Mengenal jenis snap:


Sebelum tu kita kena kenal dulu beberapa jenis snap. Cuba lihat gambar di bawah, ada tak senarai snap yang pernah korang gunakan?
jenis-jenis snap
diantara jenis-jenis snap yang menjadi pilihan pemancing

Di antara banyak-banyak snap, pemancing selalunya memilih jenis:

  1. Diamond insurance snap
  2.  New Hooked Snap
  3. Nice Snap
  4. Square Snap.
  5. Coast lock snap
Jenis interlock snap dan safety snap biasanya digunakan oleh pemancing teknik bottom. Pengalaman menggunakan dua jenis snap ini agak mengecewakan kerana menganggu reanngan gewang dan juga mudah terbuka kerana design snap tersebut tidak begitu kuat.

Brand Atau Jenama


Jujurnya, ramai memilih kekuatan snap (kg) dari jenama. Ini kerana terdapat snap yang berjenama tetapi kekuatannya tidak lah seperti yang digambarkan. 

Jenis rupa dan bahan pembuatan snap.


Untuk casting ianya terbahagi kepada kategori lapangan samada light, medium atau heavy cover. Ada jenis snap yang tidak sesuai untuk gewang yang kecil atau jenis umpan plastik seperti grub. Untuk mengetahui samada snap tersebut sesuai atau tidak pemancing perlu melihat renangan gewang/sp samada beraksi cantik atau tidak.

ada beberapa jenis bahan digunakan untuk membuat snap, diantara dibuat daripada spring steel seperti digunakan oleh brand VMC, jenis nickel, staniless steel dan carbon.

Saiz Snap yang sesuai


Saiz snap juga mempengaruhi daya kekuatan snap. Lagi besar snap lagi tinggi daya kekuatanya (lb/kg). Saiz perlu sesuai dengan besar gewang. Menggunakan snap yang besar untuk gewang yang kecil adalah satu keputusan yang tidak bijak.

Semoga infi ini dapat membantu pamancing untuk memilih snap yang bersesuaian. Hasil dari survey yang dijalankan, ramai yang memilih snap jenis nice snap dan diamond. Korang pula pilih yang mana? Nak tengok pilihan pemancing lain boleh tengok di bahagian komen di post sini?



No comments