tepen caster

Header Ads

Daiwa Steez A TW Reel - Review

Project T dari daiwa untuk tahun 2017 dimulakan dengan pengeluaran satu reel dari generasi Steez iaitu Steez A TW. Apakah pembaharuan yang dibuat oleh daiwa berbanding model sebelumnya iaitu Daiwa Steez SV TW?
Review reel daiwa steez A TW 2017

Reel Steez A TW 2017

Daiwa Steez A dibina dengan meningkatkan keupayaan dari segi keteguhan dan ketahanan dari model sebelunya iaitu Steez SV TW.

Body/frame Steez A TW

Review reel daiwa steez A TW 2017 - frame steez A TW
body/atau frame untuk steez A TW diperbuat daripada aluminum bertujuan untuk memberi ketahanan dan kekuatan ketika digunakan untuk big game. Berbanding dengan stees SV TW yang diperbuat daripada magnesium yang mana kelebihanya adalah ringan.


Spool Steez A TW

Spool untuk model ini diperbuat daripada ketepatan mesin G1 Duralumin spool digabungkan dengan teknologi Magforce Z untuk 3 kawalan berbeza. Teknologi ini mampu memberikan long cast dan ketepatan (accuracy).
Review reel daiwa steez A TW 2017 - spool

Ciri-ciri Spool:
  • 34mm diameter  || line test16lb - 100m (fluorocarbon)
  • G1 Duralumin spool
  • Magforce Z

Drag steez A TW

Drag bagi Steez A TW dipertingkatkan sebanyak 2lb berbanding steez SV TW iaitu menjadikanya max drag sebanyak 13.2lb (6kg). Ia juga dilengkapi dengan ATD drag untuk kelancaran drag.

Apa yang menariknya, ia juga mempunyai drag sound seperti mana reel yang menggunakan clicker. Ini pasti menambah keterujaan anda ketika melawan ikan besar.


Steez A TW Steez SV TW
Main Material Aluminum Magnesium
Weight 190 gram 160 gram
Max Drag 6 kg 5 kg
Brake system Mag Forze Z Air Brake
Line Capacity 16lb - 100m 16lb - 80m
* Perbandingan diantara steez A TW & Steez SV TW

Bearing

Model ini juga mempunyai Magsealed ball bearing pada pinion gear. Ini menambah ketahanan sekiranya anda menggunakanya pada air masin.

Kesuluruhan jumlah bearing ialah 8CRBB (termasuk satu magsealed BB) +1RB


Zero Adjuster.

Apakah zero adjuster. zero adjuster adalah default setting dari kilang untuk setting yang paling optimum. Ini bermaksud anda tak perlu lah nak control cast control knob lagi.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah adjust Magforce dial untuk kesuaian cara pancingan atau keadaan untuk mengurangkan risiko backlash. Pihak daiwa tidak sama sekali mencadangkan anda mengubah knob tension ini.


Handle

Review reel daiwa steez A TW 2017 - handle
steez A TW menggunakan i shape handle knob yang banyak digunakan pada generasi Tatula dengan ukuran 90mm.


T-Wing System.

Model ini menggunakan T-Wing system dan gabungan bersama spool G1 Duralumin Magforze Z pasti memberikan anda masa penggunaan yang sukar ditandingi.


Gear Ratio:

Gear ratio hadir pada kelajuan 6.3:1 & 7.1:1 untuk model kedua belah kawalan samada kiri atau kanan.


Berat Reel steez A TW

Berat keseluruhan model ini ialah 6.7 oz iaitu hanya 190g

No comments