tepen caster

Header Ads

Review Perbezaan Reel Abu Garcia Revo MGX SHS &

Jenama Abu Garcia telah mengeluarkan penganti Reel Abu Garcia Revo MGX yang memenangi anugerah "Best of show in the freshwater reel" di ICAST 2012 iaitu Abu Garcia MGX2. Apakah yang dinaik taraf oleh Abu garcia untuk model terbaru ini?
Review Abu garcia mgx 2

Abu Garcia MGX2 2016

Dari Segi luaranya ianya nampak tiada beza dengan model sebelum ini namun berat bagi model terbaru ini dikurangkan menjadikan ianya hanya seberat 5.00 ounce. Satu lagi perbezaan ketara adalah dari segi ratio dimana Abu Garcia membina model untuk 6.4:1 dan 8.0:1

Jadual di bawah adalah perbezaan dalaman bagi reel abu garcia MGX2.


Gear RatioRetrieve RateBearingWeightMax Drag
Abu Garcia MGX7.9:130"105.4 ounces12lb
Abu Garcia MGX26.4:125"9HPCR + 1RB5.00 ounces17lb
Abu Garcia MGX28.0:132"9HPCR + 1RB5.00 ounces17lb

Jelas disini Abu Garcia meningkatkan kekuatan drag dari 12lb ke 17 lbs tetapi dalam masa yang sama menurunkan berat keseluruhan reel kepada hanya 5 ounces.


Features Abu Garcia MGX2

  • 9 stainless steel HPCR bearing + 1 Roller bearing 
  • one piece X-Mag alloy frame
  • Carbon matrix drag system
  • c6 carbon sideplates
  • infinitely variable centrifugal brake (IVCB-4)
  • Infini 11 spool design.
  • Compact bent carbon handle.
  • Flat Eva Knobs.
  • Aircraft frade aluminum main gears
  • Ti Coated line guide
  • Recessed reel foot allows for a more ergonomic reel design.
  • Lube port for easy access maintenance.

Review abu garcia mgx2
Reel Abu garcia mgx shs yang saya gunakan digandingkan dengan rod rapala snow

Revo MGX masih mengekalkan system brake IVCB yang mana bagi saya ia amat sesuai untuk begineer atau mereka yang tidak mahu pening-pening kepala nak set brake. Tips mudah untuk balingan yang lebih jauh hanya gunakan 2 IVCB sahaja.

Frame alloy + c6 carbon side plates nampaknya berjaya mengurangkan berat reel namun dalam masa yang sama mengekalkan kekuatan reel.

Dari pengalaman menggunakan Revo MGX SHS model pertama, reel ini sangat sesuai digunakan dengan mana-mana berat rod kerana berat reel yang ringan, mudah dikawal dan digunakan. Long cast dengan menggurangkan kepada 2 IVCB brake.

Seperti mana-mana reel Abu Garcia, naik taraf drag diperlukan untuk kepuasan maksima semasa digunakan. 

p/s: Sekiranya anda pernah menggunakan reel abu garcia mgx boleh bagi komen atau review melalui ruangan komen di bawah. Terima kasih.

No comments